Harapan Semua Golongan Di Alaf Baru


Setiap individu, kaum, bangsa dan agama, penuh debar berhadapan dengan alaf baru

Masing-masing mahu apa yang akan berlaku di alaf baru 2000 mengikut cita-cita masing-masing

Mereka mempunyai kemahuan dan cita-cita yang tersendiri

Berdasarkan anutan, pegangan, agama dan ideologi yang mereka yakinkan

Walau bagaimanapun apa yang mereka harapkan di alaf baru yang ada kesamaan

Yang semua golongan idamkan dan harapkan akan berlaku

Ialah adanya pemimpin yang adil dan membawa kasih sayang

Manusia sesama manusia berkasih sayang dan bekerjasama

Hidup aman, damai, tidak ada yang menakutkan

Hidup di dalam kemakmuran dan semua manusia hidup di dalam harmoni

Tidak ada peperangan, tidak ada krisis, tidak ada jenayah

Manusia bebas pergi ke mana-mana tanpa sebarang bimbang dan ketakutan

Apakah zaman resah, gelisah dan ketakutan akan berakhir?

Zaman krisis, zaman peperangan, zaman khianat dan curang tidak akan berulang

Ia berhenti setakat di alaf yang lalu yang penuh dengan sejarah hitam

Apakah alaf baru ini manusia akan berhadapan dengan alaf bahagia dan ceria?

Harapan yang semua orang menanti dan menunggu-nunggunya

Atau terpaksa berhadapan dengan suasana dan situasi alaf yang dahulu

yang semuanya ini berlaku oleh tangan manusia

Termasuk manusia yang inginkan hidup makmur, bahagia dan ceria

Kerana mereka juga sama ada secara sedar atau tidak

ikut menyumbang ke arah huru-hara

Mereka tidak sukakan kehidupan yang resah dan gelisah bahkan kecewa

Tapi mereka juga ikut menyumbang dan berusaha ke arah yang dia tidak suka

Bilamana rasa bertuhan tidak ada, jalan Tuhan tidak ditempuhinya

Selama itulah manusia itu segala usaha dan kerjanya membawa huru-hara

Manusia tidak akan pandai hidup harmoni

Jika Tuhan bukan idola dan cinta agungnya

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi